Thursday, May 5, 2011

Wasiat Imam Syafie dalam bersahabat..

01-Sahabat Yang Baik..

Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan akan aku menintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang seiring sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun aku telah mati.

Aku selalu mengharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.

Kuhulkan tangan kepada sahabat-sahabatku untuk perkenalan, kerana aku akan merasa senang. Semakin banyak aku perolehi sahabat, aku semakin percaya diri.

02-Mencari Sahabat Di Waktu Susah..

Belum pernah kutemukan didunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Padahal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka.

Kalau duka melanda, aku sering bertanya...siapakah yang sudi menjadi sahabatku?

Dikala aku senang, sudah biasa bahawa ramai orang yanag akan iri hati. Namun bila aku susah, mereka pun bertepuk tangan.

03-Pasang Surut Persahabatan..

Aku dapat bergaul bebas dengan orang lain ketika nasiku sedang baik. Namun,ketika musibah menimpaku, mereka tidak ubah seperti roda zaman yang tidak mahu besahabat dengan keadaan.

Jika aku menjauhkan diri dari mereka, mereka mencemuhku, dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku.

Jika hidupku berlumur kebahagiaan, ramai orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.

04-Mengasingkan Diri...

Apabila tidak kutemukan sahabat-sahabat yang bertaqwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku bergaul dengan orang-orang yang jahat.

Duduk sendirian beribadah dengan tenang adalah lebih menyenangkanku daripada bersahabat dengan kawan yang harus ku waspadai.

05-Sukarnya Mencari Sahabat Sejati...

Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Dan bersikaplah seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia. Cucilah kedua tanganmu dari zaman tersebut dan dari manusianya. Peliharalah cintamu  terhadap mereka, maka kelak kamu akan mempeolehi kebaikannya.

Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabt sejati. Ku tinggalkan orang-orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan ku jauhi orang-orang mulia kerana kebaikannya sedikit.

06-Sahabat Sejati Di Waktu Susah...

Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh dpd sebagai kawan . Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali menolong ketika susah.

Sepanjang hidupku aku berjuang keras mencari sahabat sejati sehinggalah pencarianku melenakanku. Ku kunjungi seribu negara,namun tak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.

07-Rosaknya Kepeibadian...

Dalam diri manusia itu ada dua potensi tipuan dan rayuan. Dua hal itu sepeti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang.

Apabila engkau memerlukan petolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri-duri itu.




dipetik dpd wasiat Imam Syafie (bersahabat)

Saturday, April 30, 2011

::pemuda dalam perjuangan::

Bismillah...

Assalamualaikum w.b.t...

ni la yang sebenarnye ana nk post..da lame gak la terperam dlm otak..huhu..asif2..

beberapa bulan yang lalu,ana telah menjadi salah seorang petugas dalam sebuah organisasi yang telah mengadakan satu mesyuarat agung dan jugak pemilihan pimpinan yang baru bagi para pemuda di satu kawasan...jd sedikit sebanyak pesanan dpd perasmi, ana ingin sharekan kpd para sahabt sahabiah sekalian untuk diambil dan dijadikan iktibar..

ucap tama perasmi,Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, beliau amat mengharapkan agar semua pemuda-pemuda perlu bangkit untuk bekerja dan menjadi agen perubahan dalam masyarakat kini. Pemuda mesti cergas, tidak lembik dan  pemuda seharusnya melawan arus,orang tua akan mengikut arus..jika pemuda itu mengikut arus,maka ada sesuatu yang x kena dgn pemuda... selain dpd itu, diingatkan jugak kpd para pemuda utk melakukan kerja secara berfokus.

disini dpt ana simpulkan bahawa sebagai seorang pemuda dan jugak pesanan kepada para pemuda,kita seharusnya bangkit tetapi tidak gopoh dalam perjuangan seperti dalam ucapan Tuan Guru Haji Hadi "Para pejuang tidak boleh gopoh dalam perjuangan, walaupun dilihat hampir untuk menempuh kemenangan.Para petugas dakwah ini juga mestilah yakin dengan janji Allah SWT, bahawa tugas yang sangat mulia ini akan dibayar dengan syurga Allah SWT".
“Ambillah iktibar janji Allah, bahawa sekiranya jalan perjuangan ini mudah dan cepat, nescaya ramailah penyokong yang akan bersama kita untuk menunggu habuannya. Sedangkan kemenangan memerlukan pengorbanan, dengan menjadikan kemenangan dalam perjuangan ini mestilah dengan tarbiyah, iman dan penuh akhlak Islam dengan tidak membalas dendam
sesudah mencapai kemenangan,” ujarnya lagi.

bangkitlah wahai pemuda...kita boleh melakukan satu perubahan besar sepertimana keyakinan kita kpd jnji2 Allah iaitu Islam akan menang suatu hari nanti..

gerak kerja kita perlu berfokus...jgn para pemuda melakukan kerja yang terabur dan x sistematik..bina perancangan dengan sesempurna mungkin..insyaAllah dalam setiap amal atau gerak kerja yang kita lakukan, Allah pasti bersama..

tetapi,kemenangan islam akan terlambat sedikit  kerana ukhwah diatara para pejunag yang kurang mantap..kita seharusnya mantapkan ukhwah sesama kita, bina perancangan yang lebih teliti,lakukan kerja yang lebih berfokus,susun keutamaan gerak kerja dan insyaAllah semuanya akan berjalan lancar. gerak kerja x semudah kata2 yang dilontarkan..yes..btl..tetapi,kita perlu yakin dan mengmbil semangat para pejuang zaman anbiya' untuk terus berjuang menegakkan keadilan..

ana petik sebuah cerita dpd seorang ustaz yang ana kagum...

dalam kesibukan jadual harian yang padat, beliau dan sahabat mengambil inisiatif utk mengajak semua orang utk pergi ke masjid dan mendengar kuliah yang diadakn...byk respon yang mereka terima dlm menjalankan misi tersebut...sehingga pada siatu hari, sahabat beliau berkata, "ana rasa ada sesuatu yang kurang la dlm misi kita ni"....shabat yang lain bertanya..."apakah yang kurang?"....

jwbnya..nabi dulu berdakwah smpai ada yang menggunakan cara yang kotor kpd baginda...tetapi kita ni x d pn smpai mcm tu...jd malam ni ana harap ada orang yang sanggup ludah ke muka ana...

asif kalau cerita ni ad perubahan dpd cerita asal....mntak dibetulkan apa yang salah...


berdasarkan cerita td...kita dapat lihat betapa bersungguh sungguhnya seorang pejuang agama Allah dalm melkukan perjuangan smpai berharap dirinya diludah di muka...cuba kita tanye diri dan iman kita, sanggupkah kita diperlakukan sebegitu? atau pernahkah kita terfikir utk membiarkan orang lain ludah ke muka kita?...renung renungkan dan ambillah tindakan...jgn hanya merenung kosong...

sesungguhnya Allah lebih mengetahui segala sesuatu yang berada di dalam hati kita....

wassalam...

maaf~

Bismillah..
Assalamualaikum w.b.t..

maaf sgt2 as yg tertulis kat tajuk entry kali ni...
seperti post yg sblm ni..ana ad tulis yg akn memanfaatkn cuti intersem dgn sebaik mgkin..atau dgn erti kata yang lain...meungupdate blog ni...

emm....ana bukan x nk update sbnrnye...qada' dan qadar telah menetapkan ana akn mengambil shortsem..
so,cuti yang agak pnjg jd pendek je la..

skrg pon shortsem da nk habis baru nk bgtau amik shortsem...almaklumlah busy...walaupun amik english je sem ni..

skrg pn alhamdulillah masih diberi peluang untuk menulis dalam hanya beberapa minit ni...esok da nak balik cdgnye...tapi esok pkcik btunang kat trganu,cdgan asalnye nk p...tpi bile fkr balik....x jd kot..sbb kalu p kene balik pj naik bas dpd ganu..maleh ah...letih..

rasenye ni just announce...

wassalam...=)

Tuesday, March 8, 2011

kenapa Allah melambatkan kemenangan kepada Islam?

assalamualaikum..dah ad sawang da kot kat blog ni..
almaklumlah bz manjang..byk idea,lptop x de..x de idea lptop ad..aduyai..
memandangkan cuti yang agak pnjang ni,insyaAllah dengan sedikit masa yang terluang,akan dimanfaatkan sepenuhnya kepada perkara2 yang baik sebolehnya.

PRK dun Kerdau dan Merlimau sudah ke penghujungnya.kemenangan masih berpihak kepada UBN.ayuh kita renungkan kembali,kenapa Allah melambatkan kemenangan kepada Islam?kenapa Allah tak bagi kemenangan di Kerdau dan Merlimau kpd islam?

sahabat sahabiah sekalian,

byk yang kita dengar dpd PRK kali ini.UBN main tipu,UBN guna duit,UBN hantar calon rasuah,UBN guna pengundi hantu.

byk jugak yang kita dengar dpd pembangkang sendiri,pembangkang jual gula murah-1.80,ust tuan beli tanah dpd peneroka,pembangkang buat itu buat ini.

Alhamdulillah PRK utk Kerdau dan Merlimau telah berakhir.sekarang PRK di Sarawak pula yang bakal dinantikan.khabar angin yang mcm mane plak akn bertiup ke semenanjung.

balik semula kepada main point yang ana nak smpaikan hari ini.

KENAPA ALLAH MELAMBATKAN KEMENANGAN KEPADA ISLAM?

para pembace sekalian,jika kita tengok cara ulama' zaman kegemilangan Islam dahulu memerintah macam mane?cube kita comparekan dengan sekarang. jentera Islam yang menumpaskan kota kostantinople dulu adakah yang meninggalkan suruhan Allah?adakah para pejuang zaman khilafah islamiyah melambatkan lambatkan perjumpaan mereka dengan Allah(solat)?adakah mereka melakukan perkara yang haram setiap hari?melakukan dosa dan maksiat setiap hari?

tepuk dada tanye iman masing2.

yang merokok dengan rokoknye,yang berkapel dengan pasangan kapel masing2,belum kira yang berjudi,makan rasuah,dan melakukan maksiat kepada Allah setiap hari,mendengar lagu2 yang smpai bole melalaikan diri,yang  apa masalah umat zaman sekarang ini ya Allah!Al-Quran dan Hadis telah ditinggalkan kepada kita,seharusnya,kita memanfaatkan khazanah ilmu yang telah diwariskan kepada kita turun temurun.

Alhamdulillah,Allah masih lagi memberi kita 2 nikmat yang merupakan tunjang utama kehidupan kita hari ini iaitu nikmat iman dan islam.

jika kita rujuk balik sejarah islam, Sultan Muhammad Al-Fateh yang telah mengambil alih tampuk pemerintahan kota kostantinople. beliau seorang yang tidak meninggalkan solat dan juga mempunyai tentera2 yang beriman kepada Allah. dengan hadis yang menguatkan semangat jihad jentera Islam ketika itu

"Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”"

hadis ini yang meyakinkan  sultan Muhammad untuk berjihad menawan kota kostantinople.dipastikan bahawa hanya tentera yang terpilih sahaja dibawa untuk pergi berperang.tentera yang tidak pernag meninggalkan solat,tidak melakukan maksiat dan hanya patuh kepada suruhan Allah,rasul dan pimpinan sahaja.

ayuh kita perhatikan umat islam zaman sekarang yang masih bersemangat untuk mencapai daulah islamiyah,hanya segelintir sahaja,yang lain kemana?apa yang mereka lakukan?

ana memerhatikan masih ramai lagi para pejuang yang mengaku berjuang hanya kerana Allah tapi mempunyai masalah yang x sepatutnye diambil kira sebagai masalah yang membolehkan diri dikawal..contohnye masalah muamalat,masalah beribadah,masalah hati dan mcm2 lg.sepatutnya kita yang mengawal dan mengatasi masalah2 tersebut.

Ayuh para mujahid dan mujahidah yang setia!bangunlah!bangkitlah!!Islam xkan menang sekiranya mempunyai jentera yang lemah,lalai dan takut untuk berjihad.Bangkitlah umat Islam sekalian,Allah pasti bersama kita!!ayuh!bergerak memperjuangkan Islam.Takbir!!!

Sunday, November 14, 2010

.:tinta hikmah:.

Assalamualaikum n salam aidiladha kepada semua para pembaca,CFSIIUM punye student,EX ma'ahadians....atok2 n nenek2...ukht2 sume....

bulan lepas agak bz...lagi2 skrg dah masuk sem 2...so..apelagi...kite mestilah mengupgradekan GPA n CGPA kite....

inginku kongsikan bersama pesanan lecturer economicsku.....

"jangan main2 dengan duit elaun tu....kerajaan bg amanah kat kite supaya kite manfaatkannye elok2...kalau saya(bro mootaz) x pe laa...saya x dapat elaun...mak n ayah saya yang support...jd saya bole la nak main2...tapi duit elaun yang kamu sume dapat tu drpd kerajaan yang diamanahkan kepada kamu supaya menggunakannya untuk pelajaran kamu..."

agak tersentap dengan kata2nya...sangat2 terkena atas diri sendiri....Ya Rabb...


kepada semua student yang amik kos AED or yang lebih tepat skali yang telah menerima duit elaun daripada kerajaan dengan sedikit kelebihan iaitu tambahan RM400....gunalah sebaiknya....manusia ni cepat lalai...sekali tegur...time tu je la yang ingat...kalau bace blog ni...time bace je la yang sedar....huhu...diri sendiri pun same jugak...


maybe entry kali ni x byk sgt input....lagi2 skrg tengah RAFEST...so...fhm2 je la...
tapi ape2 pun ana tetap nak smbung penulisan n menyampaikan dakwah serta harapan yang menggunung untuk mengislahkan diri sendiri n yang lain sekaligus memainkan peranan sebagai seorang penyampai.....

dah agak lame membebel untuk intro....sekarang ana ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA....buat para jemaah haji...tunaikanlah haji hanya kerana ALLAH S.W.T....buat para pembaca,para pelajar...sentiasalah memperbaharui niat(tajdid niat)...segalanya LILLAHITAALA...sentiasa menjaga IMAN...dan sentiasalah tegas dan tetap dengan pendirian...jgn cepat berubah hanya kerana hawa nafsu...bersiap sedialah dan binalah benteng diri daripada lalai dan alpa kepada bisikkan syaitan dan hawa nafsu yang menggoda jiwa serta melemahkan IMAN...

sesiapa yang telah berniat untuk melakukan amal kebajikan sesungguhnya ia telah mendapat pahala walaupun amal kebajikan tersebut belum dilaksanakan....

hari semakin cepat berlalu..tup2 dah nak raya haji....next week kiranya mcm x blaja sgt...tapi apa2 pun seme atas tanggungjawab diri sendiri...masing2 bawak haluan diri dan kehidupan masing2...penting jugak buat kita semua untuk saling ingat-mengingati.....yang lalai dan alpa perlu disedarkan...yang sedang melakukan amal kebajikan,teruskanlah tetapi jangan lupa kepada yang masih lemah...jangan EGO kepada mereka..mereka masih perlukan pimpinan dari makhluk2 yang dipilih ALLAH untuk menyedarkan dan sentiasa menasihati mereka...


Al-Baqarah ayat 208...masuklah kedalam agama Islam secara keseluruhan...

disini saya ingin mengupas sedikit makna ayat tersebut...

sebagai seorang yang menganut agama ISLAM.....jadi wajiblah keatas diri kita untuk menjalankan kehidupan sebagai seorang muslim....tunjukkan ciri2 seorang  muslim..

sebagaimana yang telah diajar daripada nabi kepada umat2nya termasuk kita...adakah kita telah melaksankannya???

kita cuba mulakan hidup kita dengan didikan yang telah ditetapkan oleh agama kita.....

apabila berjumpa dengan orang lain...kita seharusnya memberi salam,senyum dan menyapanya...

orang yang berjalan kepada orang yang duduk...orang yang lebih muda kepada orang yang lebih tua...seandainya kita mempraktikkan kehidupan sebegini,nescaya orang lain akan mempercayai kita...lebih senang untuk mendekati kita...

sifat dalaman kita akan selari dengan sifat luaran kita....seandainya yang dalam selalu bersedih...nescaya yang luar pun akan mcm tu jugak...

kita tahu kebersihan yang ditetapkan dalam Islam macam mane...
kita gak tahu pergaulan/muamalat dalam Islam mcm mane..tepuk dada tanyalah IMAN...kembalilah semula ke pangkal jalan...mungkin sesuatu yang kita lakukan sama ada perkara yang aib atau tidak sengaja Allah memperlihatkannya kepada orang lain...lagi2 kepada orang yang kita x nak dia tahu...ada hikmah disebaliknya...janganlah kecewa kerana perbuatan kita terkantoi atau diketahui orang...mungkin apa yang kita lakukan selama ini yang dirasakan betul adalah salah disisi Allah dan Allah tidak menyukainya dan bagaimana cara Allah hendak membetukan kita ialah melalui nasihat2 daripada orang lain...


so....apa yang dapat ana simpulkan daripada entry kali ni ialah...cubalah sebaik mungkin untuk mengaplikasikan cara hidup sebenar yang telah ditetapkan oleh agama kita...

sekian.....wassalamualikum w.b.t....

Friday, November 12, 2010

tagged virus......T_______T

Assalamualaikum.....akhir2 ni agak bz ....kekurangan masa untuk mengupdate blog....tapi,bukak2...somebody tagged someone and make the someone have to answer the somebody's questions....huahua..

questions festival... oh yeah!..haha


Once you have been tagged, you are supposed to write a note
with 25 random things, fact, habits, or goal about you.
At the end, choose 25 people to be tagged.
You have to tagged the person who tagged you
If I tag you, its because i want to know more about you



1.  name penuh Norrul Hasniati bt Tuan Ibrahim...yang membawa maksud...cahaya kebaikanku...cukup baikkah daku???

2.  bole panggil sy norrul,hasniati,ati is the most people use....huhu...

3.total siblings ad 8 and i'm the fourth...tapi bile tanye orang agak2 sy anak ke berape...the answer always the bongsu....why???? am i like datsssss????hohoho

4.wktu umo 5&6 tahun,sy bersekolah di taski abim....7-12...di sekolah kebangsaan jengka pusat 2..tapi,wktu umo 6 tahun...sy nak ikot kakak sy pegi sekolah petang di tahfiz ar-rahimiyyah...yelah orang ad sekolah petang,sy nk jugak....tapi,last2..pegi due tige hari je..lpas tu tanak pegi dah...letih wooo.....tapi still kene pakse pegi jugak sebab yuran seme dah bayar...huhu

5.form 1-5/6....Ma'ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini..........panjang........hohoho....form 6 tuh...smpai peperiksaan pertengahan tahun je...berenti sebab dapat uia...tapi still ingat ape yang blajar...usul fiqh,tauhid,tafsir,fiqh,nahu n sorof,faraid......rindu blaja faraid sbb sy slalu jadi mangse contoh...jadi,istri,nenek,anak ustaz..and lain2...hahaha..anywayz faraid mmg best...

6.tapi,sudah ku buat istikharah...and insyaALLAH pilihan untuk masuk uia adalah yang terbaik....cfs,sekarang...berjuta-juta ilmu yang dapat dikutip and ilmu2 baru yang dikurniakan oleh Allah..insyaAllah sentiasa kekal dalam ingatan...

7.kursus yang diambil.....Architecture and Environmental Design...or known as AED....

8.1st time belajar economics.....alhamdulillah lecturer kacak...(bro mootaz)mcm maher zain woo....tapi x tau silap kat mane...mengantok gile....naseb bek kelas baru2 ni...okay...anywayz...thnx bro sbb sudi ajar sy...

9.sekarang dah masuk semester 2...alhamdulillah CGPA semester satu okay...and dwet elaun sem 1 pun agak okay...huhu...dwet kene simpan elok2......credit to hafizah.

10.kat CFS.....sy duk kat Mahallah Khadijah or known as KC...room number...kc 413...ahlan wasahlan la ye....tapi sy slalu x de....bilik 429,219,930 and 231 slalu jadi mangse...huhu....thanx a lot..credit to tuan punye bilik....

11.syukran to kakya and syu...sbb sudi tolong sy buat tudung...sy ni mane reti...tup2 jd kain basahan pulak kain tuh kalau salah potong...haha...and x lupe jgak buat kak ema sbb support lilin and lighter....

12.membebel kat atas smpai lupe nak bg tau besday..tapi sbb dah bg tau besday ni...ehem...yang bace tuh.pandai2 la bg hadiah.hahaha..at least wish laaaa...lalalalala~..besday ku.....13 Januari 1992....

13.lepas amik SPM...trus amik lesen kete...kira2 kalau suruh sy drive sekarang ni....bole lagi la...x de  la nak langgar tong smpah credit to hazuani....hahahaa....

14.tapi amik lesen kete je....lesen moto x dibenarkan....sbb bile ku tanye daddyku why.....jawapannye ialah  pompuan x elok bawak moto....and jawapan yang bole diterime...sbb ku tahu ayahku mahu aku menjadi seorang yang solehah..insyaAllah..

15.i love to read a lot of books.....and i used to sleep after read....huahua..kalau mengulang lagi nye laaa......tido mati....

16.i love jubah....tapi baru2 ni makin meninggi...kebanyakkannye......dah singkat...huhu

17.bantal dan selimutku dah berpindah kat bilik 429...hahah bilik 413 tu....mcm bilik persinggahan je...hahaha...kekeke

18.alhamdulillah...exam TENT lepas trus ke study circle...x yah pegi...tilawah and fardhu ayn...sesungguhnya Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya...

19.sy sebenarnye menjawab soalan2 ni lepas bangun tido...sy baru je bangun nih...so,jwapan yang berterabur tu biase2 je la ea....

20.sy sukeeeee sgt tengok citer hantu...huhuhuhuhuhuhuhu.....lpas tu..nak pegi tandas pun x brani...rela tunggu smpai pagi baru pegi...

21.duk kat CFS ni...sy x pgg byk jawatan...mlas nak membz kan diri...tapi kalau org bg tanggungjawab...insyaAllah sy buat yang terbaik....


22. cuti intersem sem 1.....kije dkt pejabat pas kawasan kuala krau...my daddy is my boss....tapi alhamdulilah dpt jugak penuhkan mase lapang drpd duk sorang kat rumah....kije2 pjbat...masukkan data...daftarkan pengundi baru...huhu...ad gak pengalaman baru....

23.kdg2 sy pernah terfikir untuk keluar dpd diri sendiri n tengok dpd luar macam mane diri sy kat pandangan orang lain..nk tau jugak....baikkah...jahatkah....huhu

24. Ya Allah kenapa susah sgt nak habiskan soalan2 ni...huhu.....

25.Finally....sejujurnya.....alhamdulillah sy dah dpt menyesuaikan diri dgn environment CFS ni...yang awal2 dulu agak terkejut...tapi dgn sokongan dpd akak2 and member2....sy dah okay.....bole la..huhu...


Alhamdulillah...habis sudah....bole smbung tido bhaa...haha..


~woooiiiii..bju seplastik besor tu sape nak basuh???

ehem..sekian saje untuk kali  ini...nk pegi basuh baju..huahua...Assalamualaikum.....

Sunday, October 17, 2010

Jangan kotorkan yang bersih dan jangan tambahkan kekotoran pada yang kotor

Assalamualaikum w.b.t...salam mujahadah kepada semua para pembaca...

detik waktu bergerak dengan laju meninggalkan masa2 lampau...byk kenangan yang pergi bersamanya...
Alhamdulillah masih ad sedikit ruang kosong untuk menulis...dah lame x update..huhu..

tajuk kali ini ialah jangan kita kotorkan apa yang bersih dan jangan kita tambahkan kekotoran pada yang kotor...seperti yang semua sedia maklum...hati merupakan titik penting bg sesuatu perkara yang kita lakukan...

sabda nabi: innamal a'malu binniat......Al-hadis...

yang mane mmbawa mksud...sesengguhnya setiap ap yang kamu lakukan hendaklah dengan niat...dan niat itu dipasangkan di hati...
Allahuakbar...Allah jadikan hati kita bersih dari segala kekotoran andai diri kita merupakan hambaNya yang menjaga dari segala sesuatu perkara yang dilakukan.....

TETAPI...bagaimana hati yang kotor yang sentiasa melakukan maksiat dan sering kali dipandu oleh syaitan dan nafsu???kembalilah kepada cahaya...dan bulan...^^

semoga pengenalan kepada tajuk diatas dapat menyentuh sedikit hati kita yang alpa dan lalai dpd mengingati Allah...nauzubillah...


HATI YANG BERSIH....

mcm mane pulak dengan maksud hati yang bersih ni??????


First of all, kite kne check balik hati kita sekarang ni ...apakah kita sedang mengingati ALLAH yang SENTIASA melihat dan memrhati kita???

hati yang bersih itu ialah hati yang tiada sebarang kotoran padanya atau yang x terancang/berniat untuk melakukan sesutu yang dilarang oleh Allah...

seperti contoh si buta yang mmpu melihat dengan mata hatinya...si buta yang tidak akan ad dosa daripada matanya kerana matanya yang  buta tidak mampu melihat perkara2 yang dilarang oleh Allah..apalagi memikirkan/menghayati sedangkan matanya tidak mampu melihat...syukurlah si buta kepada Allah kerana menjadikannya buta tetapi mmpu melihat dengan mata hati...

jagalah hati kita...jangan biarkan ia lupa kepada tuhan pencipta yang menciptanya...

seandainya kita mencintai seseorang..secara harfiahnya kita mencintai Allah kerana Allah yang menciptakannya...jadi syukurlah kepada Allah kerananya....



HATI YANG KOTOR DAN DITAMBAHKAN KEKOTORAN PADANYA


NAUZUBILLAH...mintak dijauhkan hati ini drp melekat di jiwa kita...

hati yang kotor pada zahirnya hati yang selalu disuap dengan perkara2 yang lalai dan perkara2 yang melupakan kita kepada Allah yang Maha agung dari segala apa yang diciptakanNya...

tetapi secara batinnya???...tepuklah dada tanyalah IMAN...

macam mane pulak maksudnya hati yang ditambah kekotoran padanya?????

seperi yang semua sedia maklum bahawa setiap nisa' itu akan ad hari rehatnya pada setiap bulan..adakalanya lame dan adakalanya sekejap...anyway...kita ad hari rehat kita berbanding lelaki... Allah jadikan lelaki tiada hari uzur..tetapi nafsunya sangat2 kuat  bacalah buku (hanya lelaki) jika ingin mengetahui segala tentang lelaki/ muslimin ini...


perempuan/nisa'/muslimat ini yang diberi banyak kelebihan berbanding lelaki...adakah kita pernah besyukur kepada Allah kerana memberikan kita masa rehat/uzur???
jarang sekali kita mengucapkan Alhamdulillah....dah la susah +payah....tetapi kita kotorkan lagi hati kita dengan mendengar lagu2 yang tidak memberi sebarang manfaat kepada kita...

secara jujurnya ana bertanya kepada antum semua...perlukah kita mendengar lagu??menghafaznya??apatah lagi dinyanyi/karaoke beramai2 yang tiada faedah pon kpd kita...

cuba kita amik mp3/mp4 tu...buang semua lagu...tapi msukkan al-quran..30 juzu'...

SUSAHLAA.....

mmg susah sebab kita dah biasa dengan cara hidup yang salah...tetapi andai sje kita yang nak mencubanya...kita yang tekad mahukan perubahannya...insyaAllah semuanya akan menjadi senang...
kita diberikan Allah keuzuran pada setiap bulan dan bagi yang belum menghafaz al-quran...haram padanya memegang apatah lagi membaca...tetapi x bermakna kita x boleh pegang/baca Al-quran kita tinggalkanya...simpan berhabuk selagi hari uzur kita belum habis....kita stilll lagi boleh MENDENGARNYA...

kita perlu perbaiki semula hidup/cara hidup kita...uzur x bermksud x bole qiamulail..uzur x bermksud kita x boleh/haram untuk dengar bacaan Al-Quran yang suci...sebenarnya setiap kali datang bulan...para wanita/muslimat akan nipis dinding pelindungnya yang melindung kita daripada dirasuk atau diganggu oleh jin2...oleh itu..kurangkan mendengar lagu2 yang tiada sebarang manfaat kepada kita malahan perlahan-lahan melupakan kita kepada pencipta kita dan sentiasa dengar dan bersama Al-Quran kerana Al-Quran itu kenal sesiapa yang membaca/menghafaz/memgang/membawa/melihat dan mendengar alunannya...malahan kita akan mendapat pahala walaupun kita tidak memahami bacaan tersebut kerana kita telah memuliakannya dan insyaAllah kita akan mendapat syafaatnya di hari akhirat kelak...

bersama-samalah wahai para pembaca x kira muslimin/muslimat....jadikanlah Al-Quran itu panduan hidup kita dan betulkanlan niat kita hidup di bumi ini...bukan sahaja niat untuk melakukan sesuatu...tetapi jadikanlah apa yang disebut oleh ALLAH iaitu 'sesungguhnya Allah jadikan manusia di bumi ini sebagai khalifah....ila akhir ayah'....sebagai sesuatu yang benar berlaku...kita sebagai khalifah...jadikanlah ap yang kita lakukan seperi seorang khalifah..janganlah lalai walaupun sesaat daripada mengingati Allah...AMEEN...