Tuesday, March 8, 2011

kenapa Allah melambatkan kemenangan kepada Islam?

assalamualaikum..dah ad sawang da kot kat blog ni..
almaklumlah bz manjang..byk idea,lptop x de..x de idea lptop ad..aduyai..
memandangkan cuti yang agak pnjang ni,insyaAllah dengan sedikit masa yang terluang,akan dimanfaatkan sepenuhnya kepada perkara2 yang baik sebolehnya.

PRK dun Kerdau dan Merlimau sudah ke penghujungnya.kemenangan masih berpihak kepada UBN.ayuh kita renungkan kembali,kenapa Allah melambatkan kemenangan kepada Islam?kenapa Allah tak bagi kemenangan di Kerdau dan Merlimau kpd islam?

sahabat sahabiah sekalian,

byk yang kita dengar dpd PRK kali ini.UBN main tipu,UBN guna duit,UBN hantar calon rasuah,UBN guna pengundi hantu.

byk jugak yang kita dengar dpd pembangkang sendiri,pembangkang jual gula murah-1.80,ust tuan beli tanah dpd peneroka,pembangkang buat itu buat ini.

Alhamdulillah PRK utk Kerdau dan Merlimau telah berakhir.sekarang PRK di Sarawak pula yang bakal dinantikan.khabar angin yang mcm mane plak akn bertiup ke semenanjung.

balik semula kepada main point yang ana nak smpaikan hari ini.

KENAPA ALLAH MELAMBATKAN KEMENANGAN KEPADA ISLAM?

para pembace sekalian,jika kita tengok cara ulama' zaman kegemilangan Islam dahulu memerintah macam mane?cube kita comparekan dengan sekarang. jentera Islam yang menumpaskan kota kostantinople dulu adakah yang meninggalkan suruhan Allah?adakah para pejuang zaman khilafah islamiyah melambatkan lambatkan perjumpaan mereka dengan Allah(solat)?adakah mereka melakukan perkara yang haram setiap hari?melakukan dosa dan maksiat setiap hari?

tepuk dada tanye iman masing2.

yang merokok dengan rokoknye,yang berkapel dengan pasangan kapel masing2,belum kira yang berjudi,makan rasuah,dan melakukan maksiat kepada Allah setiap hari,mendengar lagu2 yang smpai bole melalaikan diri,yang  apa masalah umat zaman sekarang ini ya Allah!Al-Quran dan Hadis telah ditinggalkan kepada kita,seharusnya,kita memanfaatkan khazanah ilmu yang telah diwariskan kepada kita turun temurun.

Alhamdulillah,Allah masih lagi memberi kita 2 nikmat yang merupakan tunjang utama kehidupan kita hari ini iaitu nikmat iman dan islam.

jika kita rujuk balik sejarah islam, Sultan Muhammad Al-Fateh yang telah mengambil alih tampuk pemerintahan kota kostantinople. beliau seorang yang tidak meninggalkan solat dan juga mempunyai tentera2 yang beriman kepada Allah. dengan hadis yang menguatkan semangat jihad jentera Islam ketika itu

"Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”"

hadis ini yang meyakinkan  sultan Muhammad untuk berjihad menawan kota kostantinople.dipastikan bahawa hanya tentera yang terpilih sahaja dibawa untuk pergi berperang.tentera yang tidak pernag meninggalkan solat,tidak melakukan maksiat dan hanya patuh kepada suruhan Allah,rasul dan pimpinan sahaja.

ayuh kita perhatikan umat islam zaman sekarang yang masih bersemangat untuk mencapai daulah islamiyah,hanya segelintir sahaja,yang lain kemana?apa yang mereka lakukan?

ana memerhatikan masih ramai lagi para pejuang yang mengaku berjuang hanya kerana Allah tapi mempunyai masalah yang x sepatutnye diambil kira sebagai masalah yang membolehkan diri dikawal..contohnye masalah muamalat,masalah beribadah,masalah hati dan mcm2 lg.sepatutnya kita yang mengawal dan mengatasi masalah2 tersebut.

Ayuh para mujahid dan mujahidah yang setia!bangunlah!bangkitlah!!Islam xkan menang sekiranya mempunyai jentera yang lemah,lalai dan takut untuk berjihad.Bangkitlah umat Islam sekalian,Allah pasti bersama kita!!ayuh!bergerak memperjuangkan Islam.Takbir!!!

4 comments:

  1. Like my mom said,
    Kalau time prk tak qiamullai, tetibe Allah bagi menang, then Qiamullai tu dah tak penting dah ntuk kemenangan akan datang..isnt it ? hehe..

    ReplyDelete
  2. amalan sunat sebenarnye untuk memperbaiki amalan yang wajib yang kurang sempurna.urusan Allah untuk memberi kemenangan kepada Islam atau tidak tetapi,sebagai penggerak agama Islam,kita seharusnye berusaha sehabis baik dan bertawakkal kpd Allah.mcm yang anti sendiri posted,1% usaha,99% bantuan dpd ALLAH.Wallahualam.

    ReplyDelete
  3. wah..awek layan politik...

    dak kaed eh?

    ReplyDelete