Sunday, July 3, 2011

Ahlan wasahlan ya Sya'ban

Bismillah...

Assalamualaikum w.b.t...

apa khabar iman harini?terjage dgn elok insyaAllah..=)

entry kali ni,insyaAllah ana akan cube menceritakan,mengcopy paste n mengelaborate sedikit sebanyak berkenaan dengan bulan yang penuh dengan keberkatan..iaitu bulan sya'aban. Rejab telah meninggalkan kita,harini 3 julai 2011 bersamaan 1 sya'ban 1432H telah datang kepada kita dan akan dtg pula pada kita insyaAllah pada 1 ogos bersamaan 1 ramadhan...

jadi..dalam bulan yang penuh keberkatan ini,marilah kita same2 mempertingkatkan amalan,mengislahkan diri menjadi yang lebih baik dan same2 kita memperbaiki n memperhebatkan diri dengan istiqamah dalam amalan masing2..




semoga kita masih diberi kesempatan untuk membaiki diri dari segala dosa n sifat2 yang tercela...insyaAllah.

(Dari Kitab Kelebihan Rejab,Sya'ban, Ramadhan,Ustaz Budiman Radhi)


1. Sabda Nabi s.a.w. bermaksud: Apabila masuk bulan sya'ban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan ya'ban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.

2. Berkata  Aisyah r.a.h,bulan yang dikasihi oleh Rasulullah s.a.w ialah bulan Sya'ban.

seperti yang kita sedia maklum...banyak sgt kelebihan pada bulan Sya'ban...kita juga dianjur untuk memperbanyakkan amalan puasa pada bulan ini.

Dari Aisyah r.a. beliau berkata:”Rasulullah s.a.w. berpuasa hingga kita mengatakan tidak pernah tidak puasa, dan beliau berbuka (tidak puasa) hingga kita mengatakan tidak puasa, tapi aku tidak pernah melihat beliau menyempurnakan puasa satu bulan penuh kecuali bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat beliau memperbanyak puasa selain bulan Ramadhan kecuali pada bulan Sya’ban”. (h.r. Bukhari). Beliau juga bersabda:”Kerjakanlah ibadah apa yang engkau mampu, sesungguhnya Allah tidak pernah bosan hingga kalian bosan”.
Usamah bin Zaid bertanya kepada Rasulullah s.a.w.:’Wahai Rasulullah, aku tidak pernah melihatmu memperbanyak berpuasa  (selain Ramadhan) kecuali pada bulan Sya’ban? Rasulullah s.a.w. menjawab:”Itu bulan dimana manusia banyak melupakannya antara Rejab dan Ramadhan, di bulan itu perbuatan dan amal baik diangkat ke Tuhan semesta alam, maka aku ingin ketika amalku diangkat, aku dalam keadaan puasa”. (h.r. Abu Dawud dan Nasa’i).


pada bulan Sya'ban juga dihadiahkan oleh Allah kepada kita iaitu nisfu Sya'ban..

Keutamaan Malam Nisfu Sya’ban
Dari A’isyah: “Suatu malam Rasulullah solat, kemudian beliau bersujud panjang, sehingga aku menyangka bahwa Rasulullah telah diambil, karena curiga maka aku gerakkan telunjuk beliau dan ternyata masih bergerak. Setelah Rasulullah selesai solat beliau berkata: “Hai A’isyah engkau tidak dapat bahagian?”. Lalu aku menjawab: “Tidak ya Rasulullah, aku hanya berfikiran yang tidak-tidak (menyangka Rasulullah telah tiada) karena engkau bersujud begitu lama”. Lalu beliau bertanya: “Tahukah engkau, malam apa sekarang ini”. “Rasulullah yang lebih tahu”, jawabku. “Malam ini adalah malam nisfu Sya’ban, Allah mengawasi hambanya pada malam ini, maka Ia memaafkan mereka yang meminta ampunan, memberi kasih sayang mereka yang meminta kasih sayang dan menyingkirkan orang-orang yang dengki” (H.R. Baihaqi) Menurut perawinya hadis ini mursal (ada rawi yang tidak sambung ke Sahabat), namun cukup kuat.
Dalam hadis Ali, Rasulullah bersabda: “Malam nisfu Sya’ban, maka hidupkanlah dengan salat dan puasalah pada siang harinya, sesungguhnya Allah turun ke langit dunia pada malam itu, lalu Allah bersabda: “Orang yang meminta ampunan akan Aku ampuni, orang yang meminta rezeki akan Aku beri dia rezeki, orang-orang yang mendapatkan cubaan maka aku bebaskan, hingga fajar menyingsing.” (H.R. Ibnu Majah dengan sanad lemah).
Ulama berpendapat bahwa hadis lemah dapat digunakan untuk Fadlail A’mal (keutamaan amal). Walaupun hadis-hadis tersebut tidak sahih, namun melihat dari hadis-hadis lain yang menunjukkan kautamaan bulan Sya’ban, dapat diambil kesimpulan bahwa malam Nisfu Sya’ban jelas mempunyai keuatamana dibandingkan dengan malam-malam lainnya.
Bagaimana merayakan malam Nisfu Sya’ban?
Adalah dengan memperbanyak ibadah dan qiamullail dan dengan puasa. Adapun meramaikan malam Nisfu Sya’ban dengan berlebih-lebihan seperti dengan solat malam berjamaah, Rasulullah tidak pernah melakukannya. Sebagian umat Islam juga mengenang malam ini sebagai malam diubahnya kiblat dari masjidil Aqsa ke arah Ka’bah.
Jadi sangat dianjurkan untuk meramaikan malam Nisfu Sya’ban dengan cara memperbanyak ibadah, salat, zikir membaca al-Qur’an, berdo’a dan amal-amal salih lainnya. 

Antara kelebihannya ialah:
 Bertembung kepanasan yang terik pada awal waktu dan ia merupakan bulan berkat kerana semua kitab samawi (wahyu kepada nabi-nabi) diturunkan pada bulan ini termasug suhuf nabi Ibrahim, Taurat, Injil dan al-Quran al-Karim. Waktu berubah mengikut peredaran zaman yang mana bulan ini selepas berlalunya setiap 25 dan 16 tahun berpindah daripada musim panas kepada musim sejuk.





sebagai Muslim,kita sepatutnya bersyukur kpd Allah kerana terlalu banyak kelebihan yang diberikan kepada kita..

ana ingin petik kata2 dpd Habib Naqjamuddin bin Othman Al-Khirid:Jadikan ramadhan kali ini ramadhan yang terakhir.

bukan maksudnya selepas ini x d dah ramadhan, tetapi pertingkatkan amalan seolah2 esok akan mati..dan ramadhan kali ini ramadhan yang terakhir..

same2 kite memperbanyakkan zikrullah,tadabbur Al-Quran dan memperbanyak puasa dlm bulan ini sebagai satu latihan kepada kita untuk menghadapi Ramadhan yang mulia insyaAllah.

Wallahualam...





No comments:

Post a Comment