Tuesday, September 28, 2010

::Kembalilah::

Alhamdulillah..syukur kepada Allah kerana masih diberi peluang untuk menulis dan menyampaikan dakwah sambil memperbaiki diri yang masih lemah ini..

baru selesai solat ...x tersangka n x terjgke jgak petir menyambar bhgian atas rumah sekaligus menyebabkan rumahku blackout..T_T


selesai solat isya'  makku berkata 'rumah kita je yang blackout' dan menyebbkan  ak terfikir,knp Allah takdirkan rumahku sahaja yang terkena petir dan blackout??

Maha suci Allah yang menjadikan sekalian alam...

kenapa ak tidak terfikir yang sebelum ini,ketika lampu menyala,atau ketika segalanya tidak blackout...banyakkah amal ibadah yang kita lakukan???

apakah kita sering mengingatiNya ketika kita berada dalam keadaan senang???

kebiasaanya kita akan menyebut 'Ya Allah!!!' pada masa dan ketika kita dalam kesusahan,keperitan,x dpt jwb soalan final contohnya...

tetapi jarang sekali kita bersyukur dan berkata 'Alhamdulillah' apabila kita berada dalam keadaan senang,mendatpat 4.0,dan sebagainya..


adakah kita hamba yang baru nak masuk tidur tatkala hambaNya yang lain bangun untuk menunaikan tahajjud??qiammulail??...berapa lamakah kita sudah tidak melihat terbitnya matahari dan menikmati saat-saat itu??

makan minum kita sering kita penuhi.....tetapi ingatlah..bukan perut dan minda shja yang perlukan makanan,tetapi spiritual juga memerlukannya...

kita solat tetapi hati kita adakah seringkali kekal mengingati Allah sepanjang kita melaksanakan solat itu...puasa contoh lainnya...kita berpuasa tetapi adakah kita penuhi tempoh berpuasa itu dengan melakukan amal ibadah dan perkara2 yang baik??hakikatnya kita hanya melakukan ritualnya sahaja..


wahai para pembaca...

adakah kita ingin bersama nabi Muhammad s.a.w didalam syurga nanti???seandainya kita berhajat akan yang sedemikian,maka perbanyyakkanlah solatmu...

seorang sahabat nabi s.a.w. bernama Rabi'ah bin Ka'ab as-Aslami suatu ketika pernah melayani nabi s.a.w dengan penuh khidmat. beliau mengambilkan air wudhu' kepada baginda setiap kali hendak solat juga memenuhi semua hajat dan keperluan baginda.

untuk membalas kebaikan ini,Rasulullah bersabda kepadanya: "Wahai Rabi'ah,mintalah sesuatu daripadaku"

Rabi'ah menjawab: "aku minta agar dapat bersama tuan nanti di syurga"

baginda bersabda lagi :"apakah ada permintaan lain?"

Rabi'ah berkata:"itu sahaja"

Rasulullah lalu bersabda yang mafhumnya:"maka bantulah aku dengan memperbanyakkan sujud"(riwayat muslim)

Hadis diatas telah menunjukkan salah satu cara bagaimana kita hendak menjadi salah seorang jiran nabi s.a.w di dalam syurga..mudah-mudahan kita dapat mempertingkatkan lagi amal ibadah kita kepada Allah s.w.t ..wallahutaalaa'lam...





Friday, September 24, 2010

Renungan bersama...semoga kita mendapat hidayah daripada Allah

Cerita ni sy share dpd seorang hamba Allah...sila baca dengan penuh perhatian..layakkah kita digelar khalifah dimuka bumi Allah ini? seandainya apa yang Allah tetapkan kita ingkar dan apa yang Allah haramkan kita buat dan terus kita galakkan,promosikan dan dijadikan sebagai budaya...semoga Allah memberkati kehidupan kita...Isya'Allah ~


Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wa nita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.

Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggaldengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga..

Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wa nita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.

Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, seg alan ya berj alan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wa nita terbabit..

Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wa nita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabk an mengurus jemaahitu, saya pun bergegas menuju ke arah wa nita berkenaan. "Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia kehospital," kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat wa nita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.

Sampai di hospital Madinah, wa nita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang,wa nita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wa nita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wa nita tersebut.

Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wa nita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wa nita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatanlanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.

Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. M alan gnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wa nita tersebut masih koma. Bagaimanapun, katadoktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wa nita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wa nita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??

Saya bertanya kepada wa nita tersebut, "Kenapa kakak menangis?" "Mazlan... kakak taubat dahLan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."

"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga. Wa nita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua am alan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.

Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.

"Habis yang kakak pergi haji ini?"

"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."

"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wa nita itu menceritakan, "Mazlan...Allah itu Maha Besar, MahaAgung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.

"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.

"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarikdengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."

"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini... putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan.. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wa nita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.

Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasaseperti menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan. "sambil bercerita, wa nita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.

Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judidan segala macam dosa besar.

Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. "Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak.

Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.

Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dihidangkan puladengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga.Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."

Saya terus mendengar cerita wa nita itu dengan tekun.. Terasa sungguh kebesaran Allah. "Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakakakan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji,akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.. "

Saya termenung mendengar cerita wa nita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik am alan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk am alan kita, maka azablah kita di akhiratkelak. Alhamdulillah, wa nita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah..

"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat... kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wa nita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wa nita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

"Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.

"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar." menurut wa nita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semulasembahyang yang ditinggalkannya dahulu.

Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wa nita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.

"Tak boleh Mazlan.. Kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak.Kakak betul- betul bertaubat."

Wa nita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau
wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."

"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah..."

"Kakak ber azam , balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudahbawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wa nita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wa nita yang benar-benar solehah. Adakah diaberbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala,syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudahdiazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal.... . " itu dah terlambat.

REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN

WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

Thursday, September 16, 2010

last day!!T_T

alhamdulillah..syukur kpd Allah kerana masih diberi nafas untuk hidup didunia yang penuh dengan dugaan...semoga dpt meningkatkan taqwa dan amal kepadaNya..
hmm...final exam da dekat...mcm mane laa kalo tetibe otak blank ke..risau da ni...harap2 dipermudahkan segala urusan...

AMF,LY015 N SMWP2......walaupun 3 paper je semester ni tp still takot..huhu...CFS...kite kn kwn lame..buat2 x nmpk je la yg slah 2 ea...hehe...

adakah meja2 dah jd mcm ni???  







huhu...kepada semua warga CFS IIUM PJ...sy ingin mengucapkan selamat menjawab final exam...semoga Allah permudahkan segala urusan kita...

dan juga kepada semua mmber2...ana ingin memohon maaf kalau ada salah dan silap...dan x lupa jgak buat mkcik sakura soul,lpas exam tmankan ana pegi midvalley...huhu...gunakan dwet raya anda pada tempat yang sepatutnya....

jgn lupe bace doa sblm menjawab..good luck 4 all!!

Tuesday, September 14, 2010

agama vs bangsa

masih lagi tertanya-tanya di dalam fikiran adakah agama atau bangsa yang harus kita pentingkan atau dahulukan??hmm..sy sndiri pernah terfikir mcm ni jgak suatu ketika dulu..ternyata AGAMA adalah pilihan dan yang harus diletakkan sebagai prioriti dlm kehidupan...still lagi dengan BTN punye LDK yang ternyata menguji IMAN...







Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang








Hai orang-orang beriman, janganlah kamu jadikan bapa-bapa dan saudara-saudaramu menjadi wali(mu), jika mereka lebih mengutamakan kekafiran atas keimanan dan siapa di antara kamu yang menjadikan mereka wali, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.







Katakanlah: "jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNYA dan dari berjihad di jalan NYA, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan NYA". Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.



dengan beberapa potongan ayat al-quran sahaja telah menunjukkan bahawa kita seharusnya meletakkan agama sebagai kepentingan atau prioriti.. dan pilihlah seorang pemimpin yang beriman dan bertaqwa untuk memimpin sesebuah negara...


tp kat sini sy x bermaksud bangsa x penting langsung...cume dlm konteks ni...kita seharusnya meletakkan agama sebagai prioriti..

ad sstengah org ckp..kalu x ad bangsa,mcm mane agama itu akan disandarkan??
ad juga seorang student dlm group sy ckp...cube bygkan ad 1 family tu...semua x de agama dan pegangan..mcm mane si anak nak tahu yang agama islam merupakan agama yang sebenarnya??

~sy ambil kesempatan kat sini sbb x smpat nak jwb waktu sesi LDK BTN hari tu...
sebenarnya fitrah manusia  untuk mencari agama yang betul...cuma, jika ia ditambah sedikit kemahuan dan usaha untuk mencari, maka mereka yang mencari insya'Allah akan menjumpainya...

Monday, September 13, 2010

selarikah dengan agama??

Hari ni da masuk hari keempat..hmm...agak2 hari raya ada berape hari ea??? =)..dalam menyibukkan diri pergi beraya dirumah orang/kenalan,adakah kita betul2 memahami apakah yang dimaksudkan dengan hari raya edulfitri ni??Hari raya edulfitri secara harfiahnya membawa mksud kemenangan islam dalam perjuangan..tetapi jika diperhatikan sekarang,adakah islam sudah menang?kita memandang dari pelbagai aspek...yang sy nak fokuskan kat sini umm...dari segi perundangan...adakah negara kita telah menggunakan undang2 yang ditetapkan Allah sepenuhnya?...bertanya diri sendiri(seandainya usrah atau kaum kerabat kita sendiri yang melakukan kesalahan..adakah kita sanggup untuk menghukumnya dengan hukum hudud?)...

fikir2kan...

baru2 ni pg program btn yang diadakan sempena...(ap ntah)...tapi ape yang pelik dan musykil yang berlaku ialah...sy ad bertanye kpd bro yang conduct group neh...
sy: bro,knape ngare kite x mnjalankan hukum hudud?
bro: sbnrnye,kite penah cube untuk jlnkan hukum hudud..tapi bile hukuman handak dijalankan, x de sape2 yang sanggup untuk menjalankan hukuman...ustaz2 sume x snggup...
sy: kite import je la orang luar...asalkan hukuman hudud 2 tetap berjlan...
bro dengan pandangan x puas hatinya: kita nak impot luar?...nak impot sape...sbb mmg x de org..
(slps itu beliau merepek n merapu).....@_@!!!

sebenarnya wajib keatas orang yang ditetapkan untuk menjalankan hukum hudud utuk melaksanakan hukuman terhadap pesalah...oh negaraku...ku akan tunggu sampai bila hukuman hudud akan dilaksanakan...
sbb da terlampau byk org yang membuat dosa...adakah hidup kita selari dengan yang ditetapkan agama???