Cerita ni sy share dpd seorang hamba Allah...sila baca dengan penuh perhatian..layakkah kita digelar khalifah dimuka bumi Allah ini? seandainya apa yang Allah tetapkan kita ingkar dan apa yang Allah haramkan kita buat dan terus kita galakkan,promosikan dan dijadikan sebagai budaya...semoga Allah memberkati kehidupan kita...Isya'Allah ~
Selama hampir sembilan tahun
menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan
umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik.
Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang
pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.
Ianya
berlaku kepada seorang wa nita yang berusia di pertengahan
30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya
menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih
menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya
balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.
Saya
menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah
Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah,
cuma saya seorang saja tinggaldengan nenek saya di Perak. Walaupun masih
muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan
jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam
keluarga..
Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wa nita
tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut
dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama
mereka mengerjakan haji.
Sebaik sampai, saya membawa
mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah,
seg alan ya berj alan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di
Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang
demi seorang sehingga tiba kepada giliran wa nita terbabit..
Tapi
tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah,
tiba-tiba wa nita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang
dipertanggungjawabk an mengurus jemaahitu, saya pun bergegas menuju ke
arah wa nita berkenaan. "Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah
yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi
cemas.Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.
"Badan
dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong
saya...kita bawa dia kehospital," kata saya.Tanpa membuang masa, kami
mengangkat wa nita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang
terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar
ke tempat penginapan masing-masing.
Sampai di hospital
Madinah, wa nita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha
dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal.
Sehinggalah ke petang,wa nita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas
mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wa
nita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan
menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui
perkembangan wa nita tersebut.
Bagaimanapun, saya
diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wa nita itu
masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah
pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu.
Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wa nita itu
dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatanlanjut
sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya
berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak
berhasil.
Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak
pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi
saya pergi ke Jeddah. M alan gnya, bila sampai di Hospital King Abdul
Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wa nita tersebut masih koma.
Bagaimanapun, katadoktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu,
saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.
Selepas
dua hari menunggu, akhirnya wa nita itu membuka matanya. Dari sudut
matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi
sebaik saja terpandang wajah saya, wa nita tersebut terus memeluk saya
dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut
sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba
menangis??
Saya bertanya kepada wa nita tersebut, "Kenapa
kakak menangis?" "Mazlan... kakak taubat dahLan. Kakak menyesal, kakak
takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul
taubat."
"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak
bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga. Wa nita itu terus menangis
teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia
bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian,
cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya,
"Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang
putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan
saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak
puasa, semua am alan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.
Rumah
kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang,
kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.
"Habis
yang kakak pergi haji ini?"
"Yalah...kakak tengok orang
lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."
"Jadi
apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke
yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi.
Dengan
suara tersekat-sekat, wa nita itu menceritakan, "Mazlan...Allah itu Maha
Besar, MahaAgung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan
seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak
buat selama ini.
"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.
"Betul
Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang
balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan
syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak
pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarikdengan bara
api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya.
Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."
"Bukan
itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang
dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini... putus, jatuh
ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan
main. Kakak menjerit, menangis kesakitan.. Kakak masukkan tangan ke
dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan
pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wa nita itu terus bercerita.
Menurutnya
lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia
tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan
daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang
amat pedih.
Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata
yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya,
"Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api,
sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.. Panasnya pula
menyebabkan otak kakak terasaseperti menggelegak. Azab itu cukup
pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan. "sambil
bercerita, wa nita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia
betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.
Saya pula
terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali
balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan...kakak ni nama saja
Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judidan segala macam dosa
besar.
Kerana kakak suka makan dan minum apa yang
diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi
makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu
melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab
kakak betul-betul lapar. "Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya
menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut
kakak.
Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa
sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut
kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan
bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut,
seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.
Panasnya
cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama
dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman,
tapi...kakak dihidangkan puladengan minuman yang dibuat dari nanah.
Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat
dahaga.Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah
kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."
Saya
terus mendengar cerita wa nita itu dengan tekun.. Terasa sungguh
kebesaran Allah. "Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah
supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk
hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata
kakakakan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu.
Kakak berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat yg soleh.
Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala
kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji,akan
sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.. "
Saya
termenung mendengar cerita wa nita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung
dan Maha Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada
balasannya. Kalau baik am alan kita maka baiklah balasan yang akan kita
terima, kalau buruk am alan kita, maka azablah kita di akhiratkelak.
Alhamdulillah, wa nita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah..
"Ini
bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu
sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan
kakak dahulu. Kakak bertaubat... kakak taubat nasuha," katanya sambil
menangis-nangis.
Sejak itu wa nita berkenaan benar-benar
berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling
warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wa nita itu
pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya
semula selepas sembahyang subuh.
"Kakak...yang kakak
sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri
kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat
ke..." tegur saya.
"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah
kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar." menurut wa nita itu,
sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan
semulasembahyang yang ditinggalkannya dahulu.
Selain itu
dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan
melihatkan keadaan wa nita itu, takut kerana ibadah dan tekanan
perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya
menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan
kesihatannya.
"Tak boleh Mazlan.. Kakak takut...kakak dah
merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau
Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak.Kakak
betul- betul bertaubat."
Wa nita itu juga berpesan kepada
saya, katanya, "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai
tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak
seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau
wanita
lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang
yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja
diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia
diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai
rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."
"Tapi
Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang
tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat.
Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari,
kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah..."
"Kakak
ber azam , balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz
supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak
nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada
nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudahbawa dia masuk
Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi
seperti orang bukan Islam."
Sejak balik dari haji itu,
saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wa nita tersebut.
Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wa nita yang benar-benar
solehah. Adakah diaberbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa
koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong,
kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?
Satu lagi,
cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang
digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia
bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat
membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan
pahala,syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah
meninggal dunia, bila kita sudahdiazab barulah kita mahu percaya bahawa
"Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal.... .
" itu dah terlambat.
REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5
RINTANGAN
WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM
SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU
HIDUP SEBELUM MATI
" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU
AYAT...."
No comments:
Post a Comment