Alhamdulillah..syukur kepada Allah kerana masih diberi peluang untuk menulis dan menyampaikan dakwah sambil memperbaiki diri yang masih lemah ini..
baru selesai solat ...x tersangka n x terjgke jgak petir menyambar bhgian atas rumah sekaligus menyebabkan rumahku blackout..T_T
selesai solat isya' makku berkata 'rumah kita je yang blackout' dan menyebbkan ak terfikir,knp Allah takdirkan rumahku sahaja yang terkena petir dan blackout??
Maha suci Allah yang menjadikan sekalian alam...
kenapa ak tidak terfikir yang sebelum ini,ketika lampu menyala,atau ketika segalanya tidak blackout...banyakkah amal ibadah yang kita lakukan???
apakah kita sering mengingatiNya ketika kita berada dalam keadaan senang???
kebiasaanya kita akan menyebut 'Ya Allah!!!' pada masa dan ketika kita dalam kesusahan,keperitan,x dpt jwb soalan final contohnya...
tetapi jarang sekali kita bersyukur dan berkata 'Alhamdulillah' apabila kita berada dalam keadaan senang,mendatpat 4.0,dan sebagainya..
adakah kita hamba yang baru nak masuk tidur tatkala hambaNya yang lain bangun untuk menunaikan tahajjud??qiammulail??...berapa lamakah kita sudah tidak melihat terbitnya matahari dan menikmati saat-saat itu??
makan minum kita sering kita penuhi.....tetapi ingatlah..bukan perut dan minda shja yang perlukan makanan,tetapi spiritual juga memerlukannya...
kita solat tetapi hati kita adakah seringkali kekal mengingati Allah sepanjang kita melaksanakan solat itu...puasa contoh lainnya...kita berpuasa tetapi adakah kita penuhi tempoh berpuasa itu dengan melakukan amal ibadah dan perkara2 yang baik??hakikatnya kita hanya melakukan ritualnya sahaja..
wahai para pembaca...
adakah kita ingin bersama nabi Muhammad s.a.w didalam syurga nanti???seandainya kita berhajat akan yang sedemikian,maka perbanyyakkanlah solatmu...
seorang sahabat nabi s.a.w. bernama Rabi'ah bin Ka'ab as-Aslami suatu ketika pernah melayani nabi s.a.w dengan penuh khidmat. beliau mengambilkan air wudhu' kepada baginda setiap kali hendak solat juga memenuhi semua hajat dan keperluan baginda.
untuk membalas kebaikan ini,Rasulullah bersabda kepadanya: "Wahai Rabi'ah,mintalah sesuatu daripadaku"
Rabi'ah menjawab: "aku minta agar dapat bersama tuan nanti di syurga"
baginda bersabda lagi :"apakah ada permintaan lain?"
Rabi'ah berkata:"itu sahaja"
Rasulullah lalu bersabda yang mafhumnya:"maka bantulah aku dengan memperbanyakkan sujud"(riwayat muslim)
Hadis diatas telah menunjukkan salah satu cara bagaimana kita hendak menjadi salah seorang jiran nabi s.a.w di dalam syurga..mudah-mudahan kita dapat mempertingkatkan lagi amal ibadah kita kepada Allah s.w.t ..wallahutaalaa'lam...
meleleh air matakuh~~
ReplyDeletemudah-mudahan segala amalan kita diterima Allah..insyaAllah
ReplyDelete