Assalamualaikum w.b.t...salam mujahadah kepada semua para pembaca...
detik waktu bergerak dengan laju meninggalkan masa2 lampau...byk kenangan yang pergi bersamanya...
Alhamdulillah masih ad sedikit ruang kosong untuk menulis...dah lame x update..huhu..
tajuk kali ini ialah jangan kita kotorkan apa yang bersih dan jangan kita tambahkan kekotoran pada yang kotor...seperti yang semua sedia maklum...hati merupakan titik penting bg sesuatu perkara yang kita lakukan...
sabda nabi: innamal a'malu binniat......Al-hadis...
yang mane mmbawa mksud...sesengguhnya setiap ap yang kamu lakukan hendaklah dengan niat...dan niat itu dipasangkan di hati...
Allahuakbar...Allah jadikan hati kita bersih dari segala kekotoran andai diri kita merupakan hambaNya yang menjaga dari segala sesuatu perkara yang dilakukan.....
TETAPI...bagaimana hati yang kotor yang sentiasa melakukan maksiat dan sering kali dipandu oleh syaitan dan nafsu???kembalilah kepada cahaya...dan bulan...^^
semoga pengenalan kepada tajuk diatas dapat menyentuh sedikit hati kita yang alpa dan lalai dpd mengingati Allah...nauzubillah...
HATI YANG BERSIH....
mcm mane pulak dengan maksud hati yang bersih ni??????
First of all, kite kne check balik hati kita sekarang ni ...apakah kita sedang mengingati ALLAH yang SENTIASA melihat dan memrhati kita???
hati yang bersih itu ialah hati yang tiada sebarang kotoran padanya atau yang x terancang/berniat untuk melakukan sesutu yang dilarang oleh Allah...
seperti contoh si buta yang mmpu melihat dengan mata hatinya...si buta yang tidak akan ad dosa daripada matanya kerana matanya yang buta tidak mampu melihat perkara2 yang dilarang oleh Allah..apalagi memikirkan/menghayati sedangkan matanya tidak mampu melihat...syukurlah si buta kepada Allah kerana menjadikannya buta tetapi mmpu melihat dengan mata hati...
jagalah hati kita...jangan biarkan ia lupa kepada tuhan pencipta yang menciptanya...
seandainya kita mencintai seseorang..secara harfiahnya kita mencintai Allah kerana Allah yang menciptakannya...jadi syukurlah kepada Allah kerananya....
HATI YANG KOTOR DAN DITAMBAHKAN KEKOTORAN PADANYA
NAUZUBILLAH...mintak dijauhkan hati ini drp melekat di jiwa kita...
hati yang kotor pada zahirnya hati yang selalu disuap dengan perkara2 yang lalai dan perkara2 yang melupakan kita kepada Allah yang Maha agung dari segala apa yang diciptakanNya...
tetapi secara batinnya???...tepuklah dada tanyalah IMAN...
macam mane pulak maksudnya hati yang ditambah kekotoran padanya?????
seperi yang semua sedia maklum bahawa setiap nisa' itu akan ad hari rehatnya pada setiap bulan..adakalanya lame dan adakalanya sekejap...anyway...kita ad hari rehat kita berbanding lelaki... Allah jadikan lelaki tiada hari uzur..tetapi nafsunya sangat2 kuat bacalah buku (hanya lelaki) jika ingin mengetahui segala tentang lelaki/ muslimin ini...
perempuan/nisa'/muslimat ini yang diberi banyak kelebihan berbanding lelaki...adakah kita pernah besyukur kepada Allah kerana memberikan kita masa rehat/uzur???
jarang sekali kita mengucapkan Alhamdulillah....dah la susah +payah....tetapi kita kotorkan lagi hati kita dengan mendengar lagu2 yang tidak memberi sebarang manfaat kepada kita...
secara jujurnya ana bertanya kepada antum semua...perlukah kita mendengar lagu??menghafaznya??apatah lagi dinyanyi/karaoke beramai2 yang tiada faedah pon kpd kita...
cuba kita amik mp3/mp4 tu...buang semua lagu...tapi msukkan al-quran..30 juzu'...
SUSAHLAA.....
mmg susah sebab kita dah biasa dengan cara hidup yang salah...tetapi andai sje kita yang nak mencubanya...kita yang tekad mahukan perubahannya...insyaAllah semuanya akan menjadi senang...
kita diberikan Allah keuzuran pada setiap bulan dan bagi yang belum menghafaz al-quran...haram padanya memegang apatah lagi membaca...tetapi x bermakna kita x boleh pegang/baca Al-quran kita tinggalkanya...simpan berhabuk selagi hari uzur kita belum habis....kita stilll lagi boleh MENDENGARNYA...
kita perlu perbaiki semula hidup/cara hidup kita...uzur x bermksud x bole qiamulail..uzur x bermksud kita x boleh/haram untuk dengar bacaan Al-Quran yang suci...sebenarnya setiap kali datang bulan...para wanita/muslimat akan nipis dinding pelindungnya yang melindung kita daripada dirasuk atau diganggu oleh jin2...oleh itu..kurangkan mendengar lagu2 yang tiada sebarang manfaat kepada kita malahan perlahan-lahan melupakan kita kepada pencipta kita dan sentiasa dengar dan bersama Al-Quran kerana Al-Quran itu kenal sesiapa yang membaca/menghafaz/memgang/membawa/melihat dan mendengar alunannya...malahan kita akan mendapat pahala walaupun kita tidak memahami bacaan tersebut kerana kita telah memuliakannya dan insyaAllah kita akan mendapat syafaatnya di hari akhirat kelak...
bersama-samalah wahai para pembaca x kira muslimin/muslimat....jadikanlah Al-Quran itu panduan hidup kita dan betulkanlan niat kita hidup di bumi ini...bukan sahaja niat untuk melakukan sesuatu...tetapi jadikanlah apa yang disebut oleh ALLAH iaitu 'sesungguhnya Allah jadikan manusia di bumi ini sebagai khalifah....ila akhir ayah'....sebagai sesuatu yang benar berlaku...kita sebagai khalifah...jadikanlah ap yang kita lakukan seperi seorang khalifah..janganlah lalai walaupun sesaat daripada mengingati Allah...AMEEN...
No comments:
Post a Comment