Saturday, April 30, 2011

::pemuda dalam perjuangan::

Bismillah...

Assalamualaikum w.b.t...

ni la yang sebenarnye ana nk post..da lame gak la terperam dlm otak..huhu..asif2..

beberapa bulan yang lalu,ana telah menjadi salah seorang petugas dalam sebuah organisasi yang telah mengadakan satu mesyuarat agung dan jugak pemilihan pimpinan yang baru bagi para pemuda di satu kawasan...jd sedikit sebanyak pesanan dpd perasmi, ana ingin sharekan kpd para sahabt sahabiah sekalian untuk diambil dan dijadikan iktibar..

ucap tama perasmi,Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, beliau amat mengharapkan agar semua pemuda-pemuda perlu bangkit untuk bekerja dan menjadi agen perubahan dalam masyarakat kini. Pemuda mesti cergas, tidak lembik dan  pemuda seharusnya melawan arus,orang tua akan mengikut arus..jika pemuda itu mengikut arus,maka ada sesuatu yang x kena dgn pemuda... selain dpd itu, diingatkan jugak kpd para pemuda utk melakukan kerja secara berfokus.

disini dpt ana simpulkan bahawa sebagai seorang pemuda dan jugak pesanan kepada para pemuda,kita seharusnya bangkit tetapi tidak gopoh dalam perjuangan seperti dalam ucapan Tuan Guru Haji Hadi "Para pejuang tidak boleh gopoh dalam perjuangan, walaupun dilihat hampir untuk menempuh kemenangan.Para petugas dakwah ini juga mestilah yakin dengan janji Allah SWT, bahawa tugas yang sangat mulia ini akan dibayar dengan syurga Allah SWT".
“Ambillah iktibar janji Allah, bahawa sekiranya jalan perjuangan ini mudah dan cepat, nescaya ramailah penyokong yang akan bersama kita untuk menunggu habuannya. Sedangkan kemenangan memerlukan pengorbanan, dengan menjadikan kemenangan dalam perjuangan ini mestilah dengan tarbiyah, iman dan penuh akhlak Islam dengan tidak membalas dendam
sesudah mencapai kemenangan,” ujarnya lagi.

bangkitlah wahai pemuda...kita boleh melakukan satu perubahan besar sepertimana keyakinan kita kpd jnji2 Allah iaitu Islam akan menang suatu hari nanti..

gerak kerja kita perlu berfokus...jgn para pemuda melakukan kerja yang terabur dan x sistematik..bina perancangan dengan sesempurna mungkin..insyaAllah dalam setiap amal atau gerak kerja yang kita lakukan, Allah pasti bersama..

tetapi,kemenangan islam akan terlambat sedikit  kerana ukhwah diatara para pejunag yang kurang mantap..kita seharusnya mantapkan ukhwah sesama kita, bina perancangan yang lebih teliti,lakukan kerja yang lebih berfokus,susun keutamaan gerak kerja dan insyaAllah semuanya akan berjalan lancar. gerak kerja x semudah kata2 yang dilontarkan..yes..btl..tetapi,kita perlu yakin dan mengmbil semangat para pejuang zaman anbiya' untuk terus berjuang menegakkan keadilan..

ana petik sebuah cerita dpd seorang ustaz yang ana kagum...

dalam kesibukan jadual harian yang padat, beliau dan sahabat mengambil inisiatif utk mengajak semua orang utk pergi ke masjid dan mendengar kuliah yang diadakn...byk respon yang mereka terima dlm menjalankan misi tersebut...sehingga pada siatu hari, sahabat beliau berkata, "ana rasa ada sesuatu yang kurang la dlm misi kita ni"....shabat yang lain bertanya..."apakah yang kurang?"....

jwbnya..nabi dulu berdakwah smpai ada yang menggunakan cara yang kotor kpd baginda...tetapi kita ni x d pn smpai mcm tu...jd malam ni ana harap ada orang yang sanggup ludah ke muka ana...

asif kalau cerita ni ad perubahan dpd cerita asal....mntak dibetulkan apa yang salah...


berdasarkan cerita td...kita dapat lihat betapa bersungguh sungguhnya seorang pejuang agama Allah dalm melkukan perjuangan smpai berharap dirinya diludah di muka...cuba kita tanye diri dan iman kita, sanggupkah kita diperlakukan sebegitu? atau pernahkah kita terfikir utk membiarkan orang lain ludah ke muka kita?...renung renungkan dan ambillah tindakan...jgn hanya merenung kosong...

sesungguhnya Allah lebih mengetahui segala sesuatu yang berada di dalam hati kita....

wassalam...

No comments:

Post a Comment